Bahasa Melayu Prasekolah 1 -Membina asas bahasa yang kukuh -Kemahiran prabaca -Kemahiran pratulis -Suku kata terbuka dan tertutup -Huruf kecil -Lagu, puisi dan banyak lagi!
Siri Bintang Kecil ini dirancang dan diolah dengan teliti untuk kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi membantu perkembangan dan penguasaan mereka dalam kemahiran kognitif dan berbahasa. Kandungan buku-buku dalam siri ini komprehensif dan sistematik selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan disusun mengikut perkembangan kemahiran kanak-kanak dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi. Keperlbagaian aktiviti yang padat dan ceria juga memberi ruang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan daya pemikiran mereka. Sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di rumah, Siri Bintang Kecil ini diharapkan akan dapat menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah sebelum melangkah ke Tahun Satu.